Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Hai dan Assalamualaikum kepada semua pembaca 👀

Apa khabar PITA pelajar BLM? Kata orang, diri sendiri pun masih terumbang-ambing lagi.💁 sekarang sudah habis minggu 6. Sekejap sahaja minggu-minggu berlalu. Pasti selepas ini semua rindu pengalaman belajar. Benarlah orang kata, apabila sudah habis belajar, mesti rasa mahu belajar kembali. Sudah semester 7, banyak pengalaman pahit dan manis di sini.

Dengan berbaki beberapa minggu sahaja lagi. Harap segala urusan dan perjuangan pelajar BLM belajar dengan lancar. Gambar di bawah merupakan diri saya dan gambar bersama rakan sebilik. Terima kasih awak semua sebab selalu ada susah dan senang, layan craving Farah yang tak menentu ini.

Kenapa sedih-sedih ini? Mungkin sebab terpengaruh layan anime hari itu. Sempat lagikan layan? Sedih sebab anime itu pengakhiran sedih semasa mereka graduasi. Hati tisu susahlah. Baiklah itu sahaja perkongsian luahan saya. Terima kasih semua. 💓


💕

Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di dalam Kelas Bahasa


Bab ini mengenai blog iaitu blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal seperti yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim 2014. Blog merupakan ulasan atas talian yang kebiasaanya digunakan untuk kegunaan peribadi atau diari yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemas kini oleh pentadbirnya. Kebiasannya, blog juga digunakan sebagai alat atau penghubung antara penulis blog dengan pembaca sebaga cara untuk berinteraksi dengan pembaca. Blog juga digunakan sebagai cara untuk menulis diari atau jurnal untuk motivasi agar menjadi lebih kreatif dalam dunia penulisan dan bahasa.

Selain itu, blog juga digunakan untuk menyampaikan maklumat dan menerima maklumat. Melalui blog, penulis dapat berkongsi ilmu mengenai mafaat tentang sesuatu perkara, tips, mengenai pembelajaran dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, melalui blog, penulis dapat saling bertukar pendapat antara pembeca melalui sudut, iaitu pembaca boleh menyatakan pendapat kepada penulis memlaui ruang komentar, e-mail penulis yang dinyatakan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menulis blog perlu mematuhi syarat agar tidsk menimbulkan sensiviti kepada seseorang individu dan pihak tertentu.

Di samping itu, berdasarkan buku Eh!!! Media Sosial melalui Williams 2004, blog juga digunakan sebagai ruangan pendidikan di mana, blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menwarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk membaikan penulisan pelajar. Menurut Wang dan Woo pula, melalui blog, pelajar akan merasa cara penulisan mereka akan bertambah baik dan fleksibel. Blog juga merupakan interaksi dua hala untuk mencipta komunikasi dua hala antara pelajar dan tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan untuk mengekalkan hubungan sosial. Oleh itu, menurut Campbell 2005, interaksi seperti ini dapat mendedahkan pelajar kepada penggunaan bahasa yang yang sahih kerana pelajar dapat diberi inspirasu dan cabaran kepada mereka dalam cara yang tidak dapat dirasi di dalam kelas.

Kesimpulannya, blog juga mampu membantu pelajar untuk mempelajari sesuatu dalam dunia penulisan seperti mempelajari kesusasteraan, cerpen, pusi dan sebagainya. Tambahan pula, menulis dalam blog juga membantu seseorang individu dengan meningkatkan motivasi melalui yakin dengan mencurahkan idea dan pendapat serta pebelajaran bahasa melalui pembelajaran teknologi.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Gambar ini semasa anak saudara kedua belum lahir 🤭

Hai dan Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi mengenai keluarga saya. Saya Nor Farah Hamizah Binti Meor Lot. Rasanya mungkin orang boleh agak saya berasal dari mana apabila mengetahui nama ayah saya. Baiklah, saya berasal dari Perak tetapi dilahirkan di Labuan, Sabah. Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ketiga. Abang saya seorang guru dan kakak saya seorang kerani sekolah. Adik pertama saya pula seorang juruteknik elektrik manakala adik kedua saya pula baru sahaja melanjutkan pelajaran pada bulan September yang lalu di sebuah universiti tempatan.



Kesayangan dan pemaisuri hati saya 👸❤️❤️❤️


Gambar di atas merupakan gambar  ibu saya. Ibu saya merupakan seorang suri rumah, manakala arwah ayah saya pula merupakan seorang tentera udara. Kedua-dua ibu saya berasal dari Bota, Perak. Arwah ayah saya pula telah meninggal dunia sejak 17 tahun yang lalu ketika saya berumur enam tahun. Bagi saya, ibu saya merupakan seorang wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran untuk membesarkan kelima-lima anak. Berkat kesabaran ibu saya membesarkan kami, kami dapat hidup dengan keadaan selesa dan dibesarkan dengan sangat baik. 

Namun, perkara ini menambah lagi kekuatan keakraban saya dan adik beradik. 

Kini, saya telah mempunyai dua anak saudara. Kedua-dua anak saudara saya adalah lelaki. Kehadiran mereka menambahkan lagi keceriaan keluarga saya. 

Keluarga besar saya 💓😚

Baiklah, yang terakhir, gambar ini merupakan keluarga besar saya bersama-sama keluarga di sebelah ibu saya. Saya sangat gembira dan bahagia bersama-sama keluarga yang sangat ceria dan saling membantu antara satu sama lain. 


Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH





Hai dan Assalamulaikum kepada semua pembaca blog. Semoga pembaca ceria dan sihat selalu. Baiklah, hari ini saya akan berkongsi tip mudah belajar. Setiap orang apabila belajar lain-lain cara. Mungkin ada sesetengah individu lebih selesa belajar sambil mendengar muzik dan sebagainya. Saya juga mempunyai cara belajar mudah dengan cara sendiri. Ada dua tip yang saya boleh kongsikan. Antaranya ialah:

1. Fokus dengan pembelajaran di dalam kelas

Semasa di dalam kelas, tumpuan adalah sangat penting. Sebagai pelajar, pelajar perlu mendengar sepenuhnya apa yang diajar oleh guru atau pensyarah tersebut. Pelajar tidak seharusnya melakukan aktiviti lain seperti bermain telefon bimbit, berborak dengan rakan dan sebagainya. Elakkan berborak dengan rakan-rakan semasa pengajaran sedang bermula. Hal ini demikian kerana semasa berborak, berkemungkinan juga akan menganggu rakan-rakan yang sedang belajar. Tambahan pula, apa yang diajar oleh pengajar adalah tidak semasa kita belajar sendiri kerana, semasa mengajar, pengajar kebiasaanya akan mencurahkan segala pengetahuan ilmu mengenai subjek yang diajar. Jika mahu fokus dalam kelas. pelajar perlu perbanyakkan minum air kosong untuk menambah oksigen dan memberi kesegaran. Oleh itu, tidur dengan secukupnya agar tidak mengantuk semasa di dalam kelas.

2. Menggunakan kemahiran mengingat

Untuk mengingat semula apa yang diajar di dalam kelas, seseorang individu perlu mengamalkan dengan membuat nota ringkas. Dengan membuat nota ringkas, pelajar tersebut boleh menggunakan pen yang berwarna untuk melihat nota itu lebih menarik dan cantik untuk dibaca. Pelajar boleh menggunakan pen 'highlight' untuk mengaris kata kunci yang penting. Pelajar juga boleh mengigatkan tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata kunci dan membuat akronim yang mudah supaya apa yang diajar mudah di ingat sepenuhnya. 

Kata-kata semangat saya: Sebelum belajar ingat wajah kedua-dua ibu bapa apabila kita rasa berputus asa

Sekian sahaja tip dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Gadis Trex Production)


Hai dan Assalamualaikum kepada semua pembaca. Nampaknya, ini merupakan lokasi terakhir pengembaraan gambar yang kami telah ambil. Gambar terakhir adalah gambar bird's eye view. Kebiasaanya, gambar bird's eye view diambil di lokasi yang tinggi seperti bangunan dan sebagainya. Bird's eye view juga akan kelihatan objek-objek yang berada dibawah. 

Bird's Eye View


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 1 diambil ketika kami pergi ke Bukit Bintang. Kami mengambil gambar dari sudut atas iaitu ketika kami menaiki tangga kereta api Bukit Bintang. Pada masa ini, adalah perkara yang mencabar apabila kami telah banyak menghabiskan tenaga pada waktu pagi dan lokasi terakhir kami, kami mula kelihatan letih. Walaupun penat, kami tetap juga pergi ke Bukit Bintang demi mendapatkan gambar 1. Cuaca yang cerah membantu kami menangkap gambar yang jelas. Gambar 2 pula diambil ketika pulang ke kolej manakala gambar 3 pula diambil ketika salah seorang ahli kumpulan kami sedang bercuti. 


Sekian sahaja perkongsian info dan cerita mengenai gambar. Diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Sekian terima kasih dan jumpa lagi. 


BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Gadis Trex Production)


Hai dan Assalamualaikum, nampaknya, kita berjumpa lagi untuk meneruskan penceritaan perkongsian saya mengenai info dan pengembaraan gambar yang telah diambil oleh ahli kumpulan kami. Gambar tersebut adalah gambar over the shoulder adalah gambar yang diambil iaitu kamera di belakang bahu seseorang. Kemudian, gambar tersebut dari belakang bahu dan objek di hadapan juga kelihatan. 

Over The Shoulder

Gambar 1

Gambar 2


Gambar 3

Gambar 1 adalah gambar pada waktu pagi setelah tempat pertama sampai sahaja ke destinasi yang ingin pergi. Gambar 2 pula pada masa kami cuba menaiki tangga yang terdapat di bukit-bukit yang berhampiran dan gambar 3 pula pada masa kami sedang berehat di destinasi yang lain dan semasa kami berbincang untuk pergi lokasi yang seterusnya. Gambar tersebut di ambil secara berseronok dan gembira kerana kami sangat gembira sampai ke lokasi tersebut.


BBM3410Satu2019: Mug Shot (Gadis Trex Production)


Hai dan Asslamualaikum, baiklah kita kembali lagi bagi meneruskan pengambaraan gambar yang seterusnya. Seterusnya, kami meneruskan pengambaraan gambar yang melibatkan tiga emosi yang berbeza iaitu mug shot. 

Mug shot merupakan gambar yang kebiasaanya diambil oleh polis setelah menangkap atau mencari penjenayah yang di tahan. Walaubagaimana pun, kami telah mengambil gambar mug shot yang berbeza emosi.

Mug Shot

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3
Ketiga-tiga tersebut melibat emosi yang berbeza. gambar 1 merupakan gambar emosi yang ketawa, gambar ketiga pula merupakan emosi marah manakala, gambar 3 adalah merupakan gambar emosi sedih. Pelbagai cara kami lakukan untuk mendapatkan emosi pada rakan kami yang terpilih dan sukarelawan dijadikan model untuk menangkap gambar yang melibatkan emosi.

Yang lebih menarik, gambar mug shot diambil secara baring iaitu berlatarkan belakang rumput. Kami mengambil gambar tersebut walaupun cuaca yang panas untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas dan cerah.

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Gadis Trex Production)


Hai, Assalamualaikum, baiklah, semasa kami berada di Taman Saujana Putrajaya, kami telah mengambil gambar medium shot. Medium shot merupakan gambar yang diambil secara sederhana di mana sekiranya mengambil gambar medium shot manusia, manusia tersebut tidak diambil secara menyeluruh, tetapi muka manusia tersebut lebih jelas berbanding gambar long shot.

Medium Shot (Manusia)


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar medium shot manusia kebiasaanya gambar yang sering diambil oleh semua orang kerana gambar tersebut dapat menjelaskan muka seseorang.



Medium Shot Pemandangan


Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar pemandangan medium shot juga diambil di tempat yang sama semasa kami sedang berehat di sekitar di pondok di situ. Gambar 4 dan gambar 5 pula diambil oleh rakan dari ahli kumpulan kami yang telah melawat negara Jepun. Gambar di sekitar di Jepun sangat menarik bagi kami sebagai ahli kumpulan.


BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)


Hai, Assalamualaikum, baiklah, saya dan ahli kumpulan telah meneruskan perjalanan kami untuk mengambil gambar yang seterusnya. Alhamdulillah, cuaca berpihak dengan kami, di mana, cuaca sangat baik untuk diambil. Gambar seterusnya merupakan gambar yang diambil secara long shot. Gambar long shot merupakan gambar yang diambil dengan jarak yang sangat jauh sehingga menampakkan keseluruhan seseorang serta pemandangan di sekeliling.


Gambar 1
Gambar 2

               
Gambar 3
Ketiga-tiga gambar long shot diambil di tempat yang berbeza di mana kami ingin melihat pelbagai tempat-tempat yang berlainan selain mengambil gambar. Walaupun cuaca sangat panas, kerana kami mengambil tersebut pada waktu tengah hari, tetapi tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan mengambil gambar.


Long Shot Pemandangan


Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6


Baiklah, gambar yang seterusnya adalah gambar pemandangan secara long shot. Walaubagaimana pun, dua gambar dari gambar pemandangan long shot merupakan gambar yang telah diambil oleh salah seorang rakan yang saya yang telah pergi Jepun. Kami semua telah mengambil keputusan untuk memilih gambar 4 dan gambar 5 yang berada di Jepun kerana gambar tersebut sesuai untuk dijadikan sebagai gambar long shot. Gambar 6 pula merupakan gambar yang telah diambil di PICC semasa kami pergi ke PICC.

BBM3410Satu2019: Closed-Up (Gadis Trex Production)



Assalamualaikum kepada semua pembaca, baiklah, hari ini saya ingin bercerita sedikit perkongsian mengenai perkara yang saya belajar di kelas Multimedia. Kami semua telah diberi tugasan mengenai perkara yang kami telah belajar di dalam kelas. Di kesempatan ini, saya dan ahli kumpulan saya iaitu Gadis Trex Production telah keluar bersama-sama untuk mengambil gambar dan berjalan-jalan bersama-sama.

Baiklah, saya akan berkongsi gambar mengenai gambar yang kami telah ambil terlebih dahulu sampai sahaja di Taman Saujana Putrajaya. Kegigihan rakan-rakan saya ialah menambah emosi untuk mengambil gambar secara emosi. Gambar di bawah ialah merupakan gambar Closed-Up.

Gambar Closed-Up merupakan gambar yang diambil secara jarak yang sangat dekat dengan objek tertentu. Di sini saya menyertakan gambar closed-up yang mempunyai tiga emosi.


Closed-Up (Manusia)



Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3

Tiga gambar dari tiga ahli secara closed-up mempunyai tiga emosi yang berbeza. Gambar 1 merupakan gambar yang menunjukkan emosi marah. Gambar 2 pula merupakan emosi sedih di mana rakan saya telah berusaha untuk mengeluarkan air mata. Manakala, gambar 3 merupakan gambar menunjukkan emosi gembira. 


Closed-Up (Pemandangan)



Gambar 4

Gambar 5
                             
Gambar 6

Tiga gambar di atas merupakan gambar pemandangan secara closed-up. Kami mengambil gambar secara dekat iaitu berfokuskan pada lebah yang berada di atas bunga, gambar daun dan air dan juga gambar kelopak bunga secara dekat.


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...