Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di dalam Kelas Bahasa


Bab ini mengenai blog iaitu blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal seperti yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim 2014. Blog merupakan ulasan atas talian yang kebiasaanya digunakan untuk kegunaan peribadi atau diari yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemas kini oleh pentadbirnya. Kebiasannya, blog juga digunakan sebagai alat atau penghubung antara penulis blog dengan pembaca sebaga cara untuk berinteraksi dengan pembaca. Blog juga digunakan sebagai cara untuk menulis diari atau jurnal untuk motivasi agar menjadi lebih kreatif dalam dunia penulisan dan bahasa.

Selain itu, blog juga digunakan untuk menyampaikan maklumat dan menerima maklumat. Melalui blog, penulis dapat berkongsi ilmu mengenai mafaat tentang sesuatu perkara, tips, mengenai pembelajaran dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, melalui blog, penulis dapat saling bertukar pendapat antara pembeca melalui sudut, iaitu pembaca boleh menyatakan pendapat kepada penulis memlaui ruang komentar, e-mail penulis yang dinyatakan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menulis blog perlu mematuhi syarat agar tidsk menimbulkan sensiviti kepada seseorang individu dan pihak tertentu.

Di samping itu, berdasarkan buku Eh!!! Media Sosial melalui Williams 2004, blog juga digunakan sebagai ruangan pendidikan di mana, blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menwarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk membaikan penulisan pelajar. Menurut Wang dan Woo pula, melalui blog, pelajar akan merasa cara penulisan mereka akan bertambah baik dan fleksibel. Blog juga merupakan interaksi dua hala untuk mencipta komunikasi dua hala antara pelajar dan tenaga pengajar bagi menyelesaikan tugasan untuk mengekalkan hubungan sosial. Oleh itu, menurut Campbell 2005, interaksi seperti ini dapat mendedahkan pelajar kepada penggunaan bahasa yang yang sahih kerana pelajar dapat diberi inspirasu dan cabaran kepada mereka dalam cara yang tidak dapat dirasi di dalam kelas.

Kesimpulannya, blog juga mampu membantu pelajar untuk mempelajari sesuatu dalam dunia penulisan seperti mempelajari kesusasteraan, cerpen, pusi dan sebagainya. Tambahan pula, menulis dalam blog juga membantu seseorang individu dengan meningkatkan motivasi melalui yakin dengan mencurahkan idea dan pendapat serta pebelajaran bahasa melalui pembelajaran teknologi.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...