Gambar ini semasa anak saudara kedua belum lahir 🤠|
Hai dan Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi mengenai keluarga saya. Saya Nor Farah Hamizah Binti Meor Lot. Rasanya mungkin orang boleh agak saya berasal dari mana apabila mengetahui nama ayah saya. Baiklah, saya berasal dari Perak tetapi dilahirkan di Labuan, Sabah. Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ketiga. Abang saya seorang guru dan kakak saya seorang kerani sekolah. Adik pertama saya pula seorang juruteknik elektrik manakala adik kedua saya pula baru sahaja melanjutkan pelajaran pada bulan September yang lalu di sebuah universiti tempatan.
Kesayangan dan pemaisuri hati saya 👸❤️❤️❤️ |
Gambar di atas merupakan gambar ibu saya. Ibu saya merupakan seorang suri rumah, manakala arwah ayah saya pula merupakan seorang tentera udara. Kedua-dua ibu saya berasal dari Bota, Perak. Arwah ayah saya pula telah meninggal dunia sejak 17 tahun yang lalu ketika saya berumur enam tahun. Bagi saya, ibu saya merupakan seorang wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran untuk membesarkan kelima-lima anak. Berkat kesabaran ibu saya membesarkan kami, kami dapat hidup dengan keadaan selesa dan dibesarkan dengan sangat baik.
Namun, perkara ini menambah lagi kekuatan keakraban saya dan adik beradik.
Kini, saya telah mempunyai dua anak saudara. Kedua-dua anak saudara saya adalah lelaki. Kehadiran mereka menambahkan lagi keceriaan keluarga saya.
Keluarga besar saya 💓😚 |
Baiklah, yang terakhir, gambar ini merupakan keluarga besar saya bersama-sama keluarga di sebelah ibu saya. Saya sangat gembira dan bahagia bersama-sama keluarga yang sangat ceria dan saling membantu antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment