Hai dan Assalamulaikum kepada semua pembaca blog. Semoga pembaca ceria dan sihat selalu. Baiklah, hari ini saya akan berkongsi tip mudah belajar. Setiap orang apabila belajar lain-lain cara. Mungkin ada sesetengah individu lebih selesa belajar sambil mendengar muzik dan sebagainya. Saya juga mempunyai cara belajar mudah dengan cara sendiri. Ada dua tip yang saya boleh kongsikan. Antaranya ialah:
1. Fokus dengan pembelajaran di dalam kelas
Semasa di dalam kelas, tumpuan adalah sangat penting. Sebagai pelajar, pelajar perlu mendengar sepenuhnya apa yang diajar oleh guru atau pensyarah tersebut. Pelajar tidak seharusnya melakukan aktiviti lain seperti bermain telefon bimbit, berborak dengan rakan dan sebagainya. Elakkan berborak dengan rakan-rakan semasa pengajaran sedang bermula. Hal ini demikian kerana semasa berborak, berkemungkinan juga akan menganggu rakan-rakan yang sedang belajar. Tambahan pula, apa yang diajar oleh pengajar adalah tidak semasa kita belajar sendiri kerana, semasa mengajar, pengajar kebiasaanya akan mencurahkan segala pengetahuan ilmu mengenai subjek yang diajar. Jika mahu fokus dalam kelas. pelajar perlu perbanyakkan minum air kosong untuk menambah oksigen dan memberi kesegaran. Oleh itu, tidur dengan secukupnya agar tidak mengantuk semasa di dalam kelas.
2. Menggunakan kemahiran mengingat
Untuk mengingat semula apa yang diajar di dalam kelas, seseorang individu perlu mengamalkan dengan membuat nota ringkas. Dengan membuat nota ringkas, pelajar tersebut boleh menggunakan pen yang berwarna untuk melihat nota itu lebih menarik dan cantik untuk dibaca. Pelajar boleh menggunakan pen 'highlight' untuk mengaris kata kunci yang penting. Pelajar juga boleh mengigatkan tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata kunci dan membuat akronim yang mudah supaya apa yang diajar mudah di ingat sepenuhnya.
Kata-kata semangat saya: Sebelum belajar ingat wajah kedua-dua ibu bapa apabila kita rasa berputus asa
Sekian sahaja tip dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment