Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Closed-Up (Gadis Trex Production)



Assalamualaikum kepada semua pembaca, baiklah, hari ini saya ingin bercerita sedikit perkongsian mengenai perkara yang saya belajar di kelas Multimedia. Kami semua telah diberi tugasan mengenai perkara yang kami telah belajar di dalam kelas. Di kesempatan ini, saya dan ahli kumpulan saya iaitu Gadis Trex Production telah keluar bersama-sama untuk mengambil gambar dan berjalan-jalan bersama-sama.

Baiklah, saya akan berkongsi gambar mengenai gambar yang kami telah ambil terlebih dahulu sampai sahaja di Taman Saujana Putrajaya. Kegigihan rakan-rakan saya ialah menambah emosi untuk mengambil gambar secara emosi. Gambar di bawah ialah merupakan gambar Closed-Up.

Gambar Closed-Up merupakan gambar yang diambil secara jarak yang sangat dekat dengan objek tertentu. Di sini saya menyertakan gambar closed-up yang mempunyai tiga emosi.


Closed-Up (Manusia)



Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3

Tiga gambar dari tiga ahli secara closed-up mempunyai tiga emosi yang berbeza. Gambar 1 merupakan gambar yang menunjukkan emosi marah. Gambar 2 pula merupakan emosi sedih di mana rakan saya telah berusaha untuk mengeluarkan air mata. Manakala, gambar 3 merupakan gambar menunjukkan emosi gembira. 


Closed-Up (Pemandangan)



Gambar 4

Gambar 5
                             
Gambar 6

Tiga gambar di atas merupakan gambar pemandangan secara closed-up. Kami mengambil gambar secara dekat iaitu berfokuskan pada lebah yang berada di atas bunga, gambar daun dan air dan juga gambar kelopak bunga secara dekat.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...