Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Gadis Trex Production)


Hai dan Assalamualaikum kepada semua pembaca. Nampaknya, ini merupakan lokasi terakhir pengembaraan gambar yang kami telah ambil. Gambar terakhir adalah gambar bird's eye view. Kebiasaanya, gambar bird's eye view diambil di lokasi yang tinggi seperti bangunan dan sebagainya. Bird's eye view juga akan kelihatan objek-objek yang berada dibawah. 

Bird's Eye View


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 1 diambil ketika kami pergi ke Bukit Bintang. Kami mengambil gambar dari sudut atas iaitu ketika kami menaiki tangga kereta api Bukit Bintang. Pada masa ini, adalah perkara yang mencabar apabila kami telah banyak menghabiskan tenaga pada waktu pagi dan lokasi terakhir kami, kami mula kelihatan letih. Walaupun penat, kami tetap juga pergi ke Bukit Bintang demi mendapatkan gambar 1. Cuaca yang cerah membantu kami menangkap gambar yang jelas. Gambar 2 pula diambil ketika pulang ke kolej manakala gambar 3 pula diambil ketika salah seorang ahli kumpulan kami sedang bercuti. 


Sekian sahaja perkongsian info dan cerita mengenai gambar. Diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Sekian terima kasih dan jumpa lagi. 


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...