Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum.

Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal berakhir. Semua perasaan tu bercampur baur, lega, sedih gembira semua ada. Bagai tidak sangka saya sudah di semester akhir peringkat ijazah. Masih terkenang sebelum masuk di UPM, saya tertanya sendirian boleh atau tidak saya menghadapi semua cabaran? dengan rakan dan lain-lain. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Tiba sahaja, awal semester 7, saya dimaklumkan prof mengajar. Saya siap bermesej bertanya pelajar junior, 😂 Mereka berkata semoga akak tabah ambil subjek multimedia sekali dengan PITA. 😂

Kelas pertama sudah cuak Prof bising pelajar lambat. Saya suka yang itu sebab saya pun datang awal dan saya dan rakan yang awal pula yang dimarahi  dalam subjek lain. Geram masa itu dengan kawan yang lambat. Tapi tidaklah marah mana pun. 😆 Apabila prof marah dengan orang yang betul lambat, saya mula jatuh hati pada prof (cewah) 😂 Tapi saya suka pakai selipar sebenarnya. Terutama kalau kelas petang, jadi saya mula berdisiplin memakai kasut bertutup. 😅 Pelbagai cabaran dan ragam dihadapi antaranya kejar Dr Halis untuk bergambar sebab lewat dan memyat naik di YouTube tetapi kene block banyak kali. 

Dalam kelas, kami dibahagikan kumpulan seramai 11 orang. Nama kumpulan diberi Gadis Trex Production. Memandangkan semua perempuan kan? hehehe. Semuanya yang sudah biasa dengan mereka. Jadi tiada masalah bergaul dengan mereka. Saya seronok denga mereka semua. Mereka semua baik dan sangat memahami saya apabila saya mempunyai kekurangan seperti sakit dan ada perkara yang tidak dapat dielakkan semasa membuat latihan video. 💓 Prof  banyak memberi ilmu mengenai asas fotografi, cara mengambil video dengan betul dan sebagainya. Betul kata prof, dengan membuat tuagasan secara tidak langsung akan memahami dengan keselurhan. 

Dalam kelas teori pula, terima kasih kepada Encik Akmal kerana sudi dan sabar dengan kami. Kadang-kadang kelas bisinglah tetapi Encik Akmal tetap tenang 😂 Terima kasih mengajar menggunakan photoshop. Sudah 23 tahun, baru ini pandai guna. 

Terima kasih Prof kerana tunjuk ajar kepada kami semua. Kata-kata sentiasa diingati. Redha dengan tanggungjawab yang digalakkan maka perkara itu akan berjalan dengan baik. Keberkatan juga diterapkan dalam jiwa kami sebagai pelajar. 

Rasanya itu sahaja dari saya. Harap dapat berjumpa lagi dengan rakan-rakan dan prof 💓


                                                                                 









No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...