Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Assalamualaikum, hari mengenai buku Eh!! Media Sosial :)



Dalam buku Eh!!! Media Sosial, bab 1 mengenai media sosial: gambaran keseluruhan menceritakan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membentuk masa depan negara dan ia pemangkin dalam membentuk dan menghasilkan pelajar yang berkeyakinan dan berdaya saing dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu, terdapat sebab yang menarik perhatian untuk menggunakan media sosial ke dalam kelas bahasa. Bab 2 pula mengenai Twitter dan trend terkini iaitu terdapat 313 juta pengguna Twitter dalam rangkaian (statisca.com). Walau bagaimanapun Twitter berada di tempat ke sembilan daripada dua puluh satu dalam rangkaian sosial tetadalam penggunaan. Hasil kajian akan membantu pengajar dan pengguna membantu ramai orang dengan memudahkan kerja harian mereka. Dalam bab 3 mengenai Facebook masih digunakan. Facebook ialah aplikasi web media sosial yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna setiap hari dan mencecah dua bilion pengguna pengguna aktif setiap bulan bermula daripada Jun 2017. Hasil kajian menunjukkan bahawa Facebook ialah satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajar terutama sekali dalam perbincangan aktiviti tugasan. Dalam bab 4 pula mengenai Instagram menyeronokkan. Menurut statistik kedudukan media sosial pada 2016, Instagram mempunyai 500 juga pengguna (statistica.com). Oleh itu, kajian ini membantu pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.

Seterusnya, bab 5 mengenai E-mel masih popular pada masa kini, E-mel bmemberi memberi peluang yang baik kepada pelajar untuk berkomunikasi secara semula jadi. E-mel juga memberi peluang kepada pelajar untuk berhubung dengan penutur dan memotivasikan pelajar untuk berdikari. Oleh itu, interaksi pelajar menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti bukan berkaitan tugas. Di samping itu, dalam bab 6 mengenai blog di dalam kelas. Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Oleh itu, blog dapat membantu pelajar untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog juga meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Dalam bab 7 pula mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Pengguna rangkaian sosial memberi impak yang besar terhadap pengguna di seluruh dunia. Kesimpulannya, dalam bab 8 mengenai implikasi pedagogi iaitu media sosial dan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan secara spesifik untuk menambah baik prestasi pelajar. Implikasi buku ini ialah dapat memberi manfaat kepada pelajar dan media sosial bukan semata-mata hiburan. 

Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala  Terengganu: Penerbit UMT 

Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof Dr. Normaliza Abd Rahim

Harga Buku: RM60

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...