Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Alikasi Normaliza (2019)


Dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, terdapat ulasan dari bab satu sehingga enam, dalam bab satu, mengenai lebih kepada kajian wacana. Kajian wacana adalah merupakan kajian mengkaji bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Kajian wacana juga merupkan wajar setiap wacana yang perlu difokus dan dianalisis dan difahami dengan lebih jelas. Bab 2 pula mengenai bab yang mengkaji Teori dan Pendekatan Wacana. Pendekata wacana bertujuan memudahkan proses analisis. Oleh itu, pendekata teori dan wacana perlu dihuraikan secara terpeinci supaya data boleh diperolehi. Secara tidak langsung, teori dan pendekata wajar supaya pemilihan dan pendekatan yang sesuai dan jelas. Bab 3 pula merupakan kajian mengenai kajian Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Kajian ini telah meliputi tiga kajian iaitu teksutual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Dalam bab ini, kajian ini amat penting kepada masyarakat supaya masyarakat lebih tahu dan mengenali dan memberi perhatian kanak-kanak autisme.

Di samping itu, bab 4 pula kajian mengenai strategi komunikasi. Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan mengikut situasi dalam ketika peraturan sistematik bahasa sasaran yang belum dibentuk. Komunikasi juga perlu diperjelaskan bahawa setiap perkara yang diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima bagi nilai baik dari seseorang. Seterusnya, bab 5 pula mengenai Taksonomi dan Pendekatan merupakan pendekatan yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Pendekatan strategi komunikasi telah menyenaraikan semula serta mewujukan semula serta mewujukan pendekatan strategi yang baharu dalam menganalisis dengan lebih tepat dan jelas. Terdapat enam belas strategi namun, digunakan bagi tujuan ana,isi yang sesuai dengan data-data dengan lebih terpinci dan jelas. Bab 6 adalah kajian mengenai strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini telah dijalankan iaitu sampel kajian yang bertemakan perbualan kepada sepuluh pelajar sekolah rendah yang berumur 11 tahun. Kajian ini telah memberi implikasi terhadap semua oihak. Masyarakat telah mempelajari dan mengatasi masalah pemahaman yang diujarkan. Bab yang terakhir iaitu bab 7 mengenai Cadangan Kajian akan Datang. Kajian ini telah memberi kesan dalam pemahaman setiap tulisan, teks, ujaran dan komunikasi. Dalam melibatkan komunikasi terdapat lima elemen iaitu, bahasa isyarat, bahan bercetak, bahan elektronik dan media sosial.  Kesimpulannya, buku ini telah memberi implikasi terhdapat pembaca. Hal ini demikian kerana, pembaca dapat mengetahui mengenai cara berkomunikasi dan beberapa jenis komunikasi yang terdapat dalam buku. Pembaca juga dapat pengetahuan bagaimana berkomunikasi dengan betul serta tahap pemahaman berkomunikasi.

Rujukan

 Tarone, E. (1980). Communication Strategies, Foreigner Talks and Repair Interlanguage. Language, 30: 417-431

Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Universiti Utara Malaysia. 

Harga Buku: RM20.00

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...