Sinopsi Cerita Sosial 1 : Nenek
dan Datuk
Kisah nenek dan datuk adalah
mengenai Alim dan keluarganya pulang ke kampung untuk melawat nenek dan datuk. Setelah sampai,
Alim mendapati ayam dan itik tiada di tempat yang sepatutnya dan terus menangis
serta dipujuk oleh nenek. Setelah itu, Alim mendapati susana di rumah berbeza
dan terus menangis. Alim dipujuk oleh nenek dan terus bermain abang dan
kakanya. Ragam dan kelakuan Alim tanpa sebab menyebabkan keluarganya bersedih
tetapi membuatkan Alim dan keluarga rapat dengan susasana yang baru.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim
(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti
Malaysia Terengganu (UMT)
Jenis Multimedia yang Boleh
Digunakan Bagi Tujuan Penyebaran Cerita Sosial
Terdapat beberapa cara untuk
menyebarkan cerita sosial. Antaranya
Blog
Cerita ini boleh
disampaikan melalui blog kerana blog tiada terhad untuk menulis kisah yang
panjang untuk pembaca yang ingin mengetahui cerita keseluruhan tersebut.
Facebook
Cerita ini juga boleh
disampaikan melalui Facebook kerana Facebook juga mudah untuk pembaca
mengetahui kisah ini., Tambahan pula, Facebook banyak digunakan oleh semua golongan.
Instagram
Kisah ini boleh
disampaikan memalui Instagram dengan cara memuat naik gambar yang berkaitan dan
menulis kisah tersebut di ruangan ‘caption’.
Twitter
Pada masa kini,
banyak cerita yang dikongsikan oleh warga Twitter. Hal ini demikian kerana,
Twitter boleh disebarkan melalui retweet yang diperkenalkan oleh twitter serta
boleh dijadikan tular melalui ‘trending’
Memuat
Naik Video
Cerita ini boleh
disampaikan melalui memuat naik video di mana-mana laman video. Misalnya di
YouTube yang majoritinya banyak digunakan oleh semua golongan tidak kira usia
muda dan tua.
Televisyen
Cerita ini boleh
disampaikan melalui televisyen. Cerita sosial ini boleh dijadikan dan dibuat
semula cerita tersebut melalui cerita misalnya di jadikan filem animasi dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment