Menurut Normaliza Abd Rahim
(2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), etika dan cara
dalam penulisan blog ialah tajuk hendaklah yang menarik yang boleh menarik
perhatian pembaca. Hal ini demikian kerana, tajuk yang menarik dapat memberi
reaksi awal kepada pembaca. Pembaca akan terus membaca dengan lebih mendalam
mengenai tajuk tersebut. Misalnya, topik-topik yang menarik, menonjol dan
terkini pada masa kini.
Selain itu, cerita yang menarik
dapat menarik hati pembaca. Cerita yang menarik akan menarik pembaca dan
meneroka blog kerana dengan satu cerita. Misalnya, menghasil dan mencipta
cerita menarik seperti tips, cerpen dan sebagainya yang boleh menarik perhatian
pembaca. Sekiranya cerita itu untuk menarik perhatian remaja misalnya, penulis
tersebut boleh menghasilkan cerita contohnya mengenai peperiksaan, tips
kecantikan dan sebagainya.
Di samping itu, penulis blog
perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih
menarik. Hal ini demikian kerana, ayat yang humor dan berbentuk jenaka dapat
membantu pembaca menjadi lebih gembira dan ceria membaca penulisan blog
terutamanya pembaca dari golongan muda. Golongan muda lebih suka membaca ayat
yang kelihatan lebih berjenaka dan santai.
Seterusnya, penulisan blog yang
baik ialah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Hujah yang dihasilkan hendaklah boleh difahami dan dapat diterangkann dengan
baik serta lebih baik jika disertakan contoh. Ketetapan hujah dapat memberikan
kefahaman pembaca untuk terus membaca perkara-perkara yang ditulis oleh penulis
blog dalam menghasilkan penulisan blog.
Justeru, penulis blog perlu
mengaitkan anda dengan berita terkini. Berita terkini dapat lebih menarik
perhatian membaca. Penulis boleh menghasilkan atau mencari berita terkini. Sebagai
contoh, berita isu-isu terkini yang sedang menjadi tular pada masa kini. Tambahan
pula, pada zaman teknologi terkini, berita yang menarik akan tular terlebih
dahulu dan pembaca mencari berita tersebut untuk mengetahui dengan lebih
lanjut.
Tambahan lagi, dalam menghasilkan
penulisan blog, penulis boleh menggunakan perkataan dan struktur ayat yang
ringkas. Hal ini demikian kerana, perkataan dan ayat yang ringkas membantu
pembaca lebih mudah untuk membaca dengan lebih mendalam mengenai sesebuah
penulisan blog. Tambahan pula, pengguna teknologi terkini adalah ramai dari
golongan usia muda.Golongan usia muda lebih suka ayat yang tidak meleret-leret
atau panjang.
Justeru, penulisan blog yang baik
dapat dibaca dan difahami. Hal ini demikian kerana, penulisan blog yang dapat
dibaca dan difahami lebih ramai yang kunjung ke dalam blog untuk membaca
penulisan blog. Dalam penulisan blog, ayat yang mudah dibaca adalah menggunakan
ayat-ayat yang membentuk ringkas, santai dan difahami serta jelas. Oleh itu,
penulisan blog perlu lebih padat dan difahami.
Selain itu, penulisan blog dapat
berkomunikasi dengan pembaca. Hal ini demikian kerana, pengguna teknologi ialah
mempunyai latar belakang yang berbeza. Secara tidak langsung dalam penghasilan
blog, penulis blog mungkin dapat berkenalan serta berkomunikasi dengan orang
luar misalnya mengenai cerita minat yang sama dan sebagainya.
Di samping itu, dalan penghasilan
penulisan blog, penulis perlu memasukkan moral dan nilai estetika dalam
penulisan anda. Setiap cerita atau berita terkini, penulis blog perlu
menyelitkan beberapa moral untuk kesedaran pembaca. Dalam mengasilkan cerita
menarik, setelah penulis menyelitkan beberapa moral dan nilai estetika, pembaca
dapat berfikir sejenak dan mengingati cerita yang dihasilkan oleh penulis blog.
Akhirnya, etika atau cara
penulisan blog ialah penulisan blog boleh mengaitkan dengan perkara berilmu
untuk penulisan pendidikan. Hal ini demikian kerana, penulisan blog yang
berpendidikan dapat membantu pembaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan
mengenai penulisan yang berkaitan dengan perkara yang ditulis oleh penulis
blog.
No comments:
Post a Comment