Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Aku Masih Di Sini


Cerita Pengalaman Terbaik 
Menjalani Latihan Industri

Pada cuti semester, semua rakan saya mengikuti latihan industri. Pada mulanya, saya bersyukur dapat menjalani latihan industri berhampiran dengan rumah serta rakan karib saya dari kecil. Kami telah pergi bersama-sama semasa mula mendaftar. Saya semakin gembira apabila empat orang lagi rakan yang sama dengan kursus program juga menjalani latihan industri bersama-sama. Saya dan rakan baik saya iaitu Sarah Balqis telah ditempatkan di unit yang sama di dalam bilik. Persahabatan kami semakin rapat apabila kami diberi tugasan untuk mengkendalikan Program Jati Diri untuk para pegawai. 

Kami diajar dengan pelbagai ilmu baru oleh pegawai penyelia kami. Saya berasa sungguh teruja kerana diajar cara membuat khemah menggunakan buluh dan memasak menggunakan barang persekitaran seperti buluh. Saya berharap hubungan kami tidak terhenti dan sentiasa saling berhubung antara satu sama dengan yang lain.

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Sinopsi Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk

Kisah nenek dan datuk adalah mengenai Alim dan keluarganya pulang ke kampung  untuk melawat nenek dan datuk. Setelah sampai, Alim mendapati ayam dan itik tiada di tempat yang sepatutnya dan terus menangis serta dipujuk oleh nenek. Setelah itu, Alim mendapati susana di rumah berbeza dan terus menangis. Alim dipujuk oleh nenek dan terus bermain abang dan kakanya. Ragam dan kelakuan Alim tanpa sebab menyebabkan keluarganya bersedih tetapi membuatkan Alim dan keluarga rapat dengan susasana yang baru.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Jenis Multimedia yang Boleh Digunakan Bagi Tujuan Penyebaran Cerita Sosial

Terdapat beberapa cara untuk menyebarkan cerita sosial. Antaranya

Blog
Cerita ini boleh disampaikan melalui blog kerana blog tiada terhad untuk menulis kisah yang panjang untuk pembaca yang ingin mengetahui cerita keseluruhan tersebut.

Facebook
Cerita ini juga boleh disampaikan melalui Facebook kerana Facebook juga mudah untuk pembaca mengetahui kisah ini., Tambahan pula, Facebook banyak digunakan oleh semua golongan.

Instagram
Kisah ini boleh disampaikan memalui Instagram dengan cara memuat naik gambar yang berkaitan dan menulis kisah tersebut di ruangan ‘caption’.

Twitter
Pada masa kini, banyak cerita yang dikongsikan oleh warga Twitter. Hal ini demikian kerana, Twitter boleh disebarkan melalui retweet yang diperkenalkan oleh twitter serta boleh dijadikan tular melalui ‘trending’

Memuat Naik Video
Cerita ini boleh disampaikan melalui memuat naik video di mana-mana laman video. Misalnya di YouTube yang majoritinya banyak digunakan oleh semua golongan tidak kira usia muda dan tua.

Televisyen
Cerita ini boleh disampaikan melalui televisyen. Cerita sosial ini boleh dijadikan dan dibuat semula cerita tersebut melalui cerita misalnya di jadikan filem animasi dan sebagainya.



BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), etika dan cara dalam penulisan blog ialah tajuk hendaklah yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian kerana, tajuk yang menarik dapat memberi reaksi awal kepada pembaca. Pembaca akan terus membaca dengan lebih mendalam mengenai tajuk tersebut. Misalnya, topik-topik yang menarik, menonjol dan terkini pada masa kini.

Selain itu, cerita yang menarik dapat menarik hati pembaca. Cerita yang menarik akan menarik pembaca dan meneroka blog kerana dengan satu cerita. Misalnya, menghasil dan mencipta cerita menarik seperti tips, cerpen dan sebagainya yang boleh menarik perhatian pembaca. Sekiranya cerita itu untuk menarik perhatian remaja misalnya, penulis tersebut boleh menghasilkan cerita contohnya mengenai peperiksaan, tips kecantikan dan sebagainya.

Di samping itu, penulis blog perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Hal ini demikian kerana, ayat yang humor dan berbentuk jenaka dapat membantu pembaca menjadi lebih gembira dan ceria membaca penulisan blog terutamanya pembaca dari golongan muda. Golongan muda lebih suka membaca ayat yang kelihatan lebih berjenaka dan santai.

Seterusnya, penulisan blog yang baik ialah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah yang dihasilkan hendaklah boleh difahami dan dapat diterangkann dengan baik serta lebih baik jika disertakan contoh. Ketetapan hujah dapat memberikan kefahaman pembaca untuk terus membaca perkara-perkara yang ditulis oleh penulis blog dalam menghasilkan penulisan blog.

Justeru, penulis blog perlu mengaitkan anda dengan berita terkini. Berita terkini dapat lebih menarik perhatian membaca. Penulis boleh menghasilkan atau mencari berita terkini. Sebagai contoh, berita isu-isu terkini yang sedang menjadi tular pada masa kini. Tambahan pula, pada zaman teknologi terkini, berita yang menarik akan tular terlebih dahulu dan pembaca mencari berita tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tambahan lagi, dalam menghasilkan penulisan blog, penulis boleh menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Hal ini demikian kerana, perkataan dan ayat yang ringkas membantu pembaca lebih mudah untuk membaca dengan lebih mendalam mengenai sesebuah penulisan blog. Tambahan pula, pengguna teknologi terkini adalah ramai dari golongan usia muda.Golongan usia muda lebih suka ayat yang tidak meleret-leret atau panjang.

Justeru, penulisan blog yang baik dapat dibaca dan difahami. Hal ini demikian kerana, penulisan blog yang dapat dibaca dan difahami lebih ramai yang kunjung ke dalam blog untuk membaca penulisan blog. Dalam penulisan blog, ayat yang mudah dibaca adalah menggunakan ayat-ayat yang membentuk ringkas, santai dan difahami serta jelas. Oleh itu, penulisan blog perlu lebih padat dan difahami.

Selain itu, penulisan blog dapat berkomunikasi dengan pembaca. Hal ini demikian kerana, pengguna teknologi ialah mempunyai latar belakang yang berbeza. Secara tidak langsung dalam penghasilan blog, penulis blog mungkin dapat berkenalan serta berkomunikasi dengan orang luar misalnya mengenai cerita minat yang sama dan sebagainya.

Di samping itu, dalan penghasilan penulisan blog, penulis perlu memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Setiap cerita atau berita terkini, penulis blog perlu menyelitkan beberapa moral untuk kesedaran pembaca. Dalam mengasilkan cerita menarik, setelah penulis menyelitkan beberapa moral dan nilai estetika, pembaca dapat berfikir sejenak dan mengingati cerita yang dihasilkan oleh penulis blog.

Akhirnya, etika atau cara penulisan blog ialah penulisan blog boleh mengaitkan dengan perkara berilmu untuk penulisan pendidikan. Hal ini demikian kerana, penulisan blog yang berpendidikan dapat membantu pembaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai penulisan yang berkaitan dengan perkara yang ditulis oleh penulis blog.

Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019 SAYA FAHAM



Lagu dan Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim

Hak Cipta : Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata ''Apa khabar''
Dia jawab "Khabar baik''
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih 
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terim kasih 
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019 Diri





Assalamualaikum kepada semua pembaca, 


Nama saya ialah Nor Farah Hamizah Binti Meor Lot. Saya berumur 23 tahun. Saya berasal dari Perak dan dilahirkan di Sabah. Saya mempunyai 5 orang adik beradik.

Pada masa lapang, saya lebih gemar menghabiskan masa dengan membaca novel dan menonton filem animasi Jepun (anime) yang banyak dapat mempelajari benda baru. Dalam pada masa yang sama, saya dapat mendengar lagu kegemaran saya.

Saya merupakan pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) dari Universiti Putra Malaysia. Saya telah belajar subjek Multimedia dalam Bahasa oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim yang sangat memberi manfaat kepada pelajar Linguistik Melayu.

Pada tahun ini, saya merupakan pelajar tahun akhir yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek ilmiah tahun akhir.

Terima kasih kerana sudi membaca. 


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...