Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum.

Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal berakhir. Semua perasaan tu bercampur baur, lega, sedih gembira semua ada. Bagai tidak sangka saya sudah di semester akhir peringkat ijazah. Masih terkenang sebelum masuk di UPM, saya tertanya sendirian boleh atau tidak saya menghadapi semua cabaran? dengan rakan dan lain-lain. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Tiba sahaja, awal semester 7, saya dimaklumkan prof mengajar. Saya siap bermesej bertanya pelajar junior, 😂 Mereka berkata semoga akak tabah ambil subjek multimedia sekali dengan PITA. 😂

Kelas pertama sudah cuak Prof bising pelajar lambat. Saya suka yang itu sebab saya pun datang awal dan saya dan rakan yang awal pula yang dimarahi  dalam subjek lain. Geram masa itu dengan kawan yang lambat. Tapi tidaklah marah mana pun. 😆 Apabila prof marah dengan orang yang betul lambat, saya mula jatuh hati pada prof (cewah) 😂 Tapi saya suka pakai selipar sebenarnya. Terutama kalau kelas petang, jadi saya mula berdisiplin memakai kasut bertutup. 😅 Pelbagai cabaran dan ragam dihadapi antaranya kejar Dr Halis untuk bergambar sebab lewat dan memyat naik di YouTube tetapi kene block banyak kali. 

Dalam kelas, kami dibahagikan kumpulan seramai 11 orang. Nama kumpulan diberi Gadis Trex Production. Memandangkan semua perempuan kan? hehehe. Semuanya yang sudah biasa dengan mereka. Jadi tiada masalah bergaul dengan mereka. Saya seronok denga mereka semua. Mereka semua baik dan sangat memahami saya apabila saya mempunyai kekurangan seperti sakit dan ada perkara yang tidak dapat dielakkan semasa membuat latihan video. 💓 Prof  banyak memberi ilmu mengenai asas fotografi, cara mengambil video dengan betul dan sebagainya. Betul kata prof, dengan membuat tuagasan secara tidak langsung akan memahami dengan keselurhan. 

Dalam kelas teori pula, terima kasih kepada Encik Akmal kerana sudi dan sabar dengan kami. Kadang-kadang kelas bisinglah tetapi Encik Akmal tetap tenang 😂 Terima kasih mengajar menggunakan photoshop. Sudah 23 tahun, baru ini pandai guna. 

Terima kasih Prof kerana tunjuk ajar kepada kami semua. Kata-kata sentiasa diingati. Redha dengan tanggungjawab yang digalakkan maka perkara itu akan berjalan dengan baik. Keberkatan juga diterapkan dalam jiwa kami sebagai pelajar. 

Rasanya itu sahaja dari saya. Harap dapat berjumpa lagi dengan rakan-rakan dan prof 💓


                                                                                 









BBM3410Satu2019: Like dan Komen dari Prof






Hai dan Assalamulaikum semua. 

Gambar di bawah ini mengenai like dan komen dari Prof. Prof, 
Gambar yang paling di bawah tu gambar pertama upload tetapi hmmm saya yang tak sempat Screenshot. Cuaklah juga Prof tak like dan komen. Maklumlah prof, saya hambar orangnya, orang selalu kata saya ini jenis serius dan pendiam, tak pandai bergurau. 😂

Prof, 
Halal tak kalau like dari Encik Akmal? hahahaha sebab gambar tu yang tugasan diberi dalam kelas teori punya, 😟😂











BBM3410Satu2019: Twitter (Jiran)


BBM3410Satu2019: Twitter (Kebaikan Teh Hijau)


BBM3410Satu2019: Twitter (Hati)


BBM3410Satu2019: Video 15 (Saya Tahu)

BBM3410Satu2019: Video 14 (Tragedi dan Seram)


BBM3410Satu2019: Video 13 (Serbuk Pencuci Baju)


BBM3410Satu2019: Video 12 (Vlog Temu Bual)


Encik Bukryman bin Sabri
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia

BBM3410Satu2019: Video 11 (Video Fokus)








BBM3410Satu2019: Video 10 (Vlog Konvokesyen Ke-43 UPM 2019)


BBM3410Satu2019: Video 9 (One Shot 3 Layer)


BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)


BBM3410Satu2019: Video 7 (One Shot)


BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)


BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)


BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret dan Swafoto)


Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 2







Hai dan Assalamualaikum. 

Gambar di atas merupakan video kami. Terdapat pelbagai gambar yang kami ambil seperti pemandangan, silhoutte, pendua cermin, pendua air, bayang manusia, bayang manusia dan objek, kabur manusia, kabur haiwan, kabur tumbuhan dan kabur objek. Rupanyakan, bukan senang tau nak ambil gambar. Hahaha, dan saya bukannya biasa ambil gambar berposing bak kata orang. Hehehe, masa ini semua pertama kali jadi pengarah setiap jenis gambar. Tapi saya bukan pengarah hahaha, tapi baru saya tahu rupanya dalam asas fotografi inikan, rupanya ada nama-nama jenis di setiap gambar membuatkan saya rasa menarik dalam dunia fotografi ini. Kalau ada duit lebih, nak beli kamera mahal lah,  wiwiwiw

Yang Penting, gambar-gambar kami Prof puji tau. Jadi, hasilnya kami sangat gembira. Baiklah, jangan lupa tengok video kami. Bye!
https://www.youtube.com/watch?v=HEz9vYctOHM

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Assalamualaikum, hari mengenai buku Eh!! Media Sosial :)



Dalam buku Eh!!! Media Sosial, bab 1 mengenai media sosial: gambaran keseluruhan menceritakan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membentuk masa depan negara dan ia pemangkin dalam membentuk dan menghasilkan pelajar yang berkeyakinan dan berdaya saing dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu, terdapat sebab yang menarik perhatian untuk menggunakan media sosial ke dalam kelas bahasa. Bab 2 pula mengenai Twitter dan trend terkini iaitu terdapat 313 juta pengguna Twitter dalam rangkaian (statisca.com). Walau bagaimanapun Twitter berada di tempat ke sembilan daripada dua puluh satu dalam rangkaian sosial tetadalam penggunaan. Hasil kajian akan membantu pengajar dan pengguna membantu ramai orang dengan memudahkan kerja harian mereka. Dalam bab 3 mengenai Facebook masih digunakan. Facebook ialah aplikasi web media sosial yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna setiap hari dan mencecah dua bilion pengguna pengguna aktif setiap bulan bermula daripada Jun 2017. Hasil kajian menunjukkan bahawa Facebook ialah satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajar terutama sekali dalam perbincangan aktiviti tugasan. Dalam bab 4 pula mengenai Instagram menyeronokkan. Menurut statistik kedudukan media sosial pada 2016, Instagram mempunyai 500 juga pengguna (statistica.com). Oleh itu, kajian ini membantu pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.

Seterusnya, bab 5 mengenai E-mel masih popular pada masa kini, E-mel bmemberi memberi peluang yang baik kepada pelajar untuk berkomunikasi secara semula jadi. E-mel juga memberi peluang kepada pelajar untuk berhubung dengan penutur dan memotivasikan pelajar untuk berdikari. Oleh itu, interaksi pelajar menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti bukan berkaitan tugas. Di samping itu, dalam bab 6 mengenai blog di dalam kelas. Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Oleh itu, blog dapat membantu pelajar untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog juga meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Dalam bab 7 pula mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Pengguna rangkaian sosial memberi impak yang besar terhadap pengguna di seluruh dunia. Kesimpulannya, dalam bab 8 mengenai implikasi pedagogi iaitu media sosial dan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan secara spesifik untuk menambah baik prestasi pelajar. Implikasi buku ini ialah dapat memberi manfaat kepada pelajar dan media sosial bukan semata-mata hiburan. 

Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala  Terengganu: Penerbit UMT 

Penulis: Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof Dr. Normaliza Abd Rahim

Harga Buku: RM60

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Hai dan Assalamulaikum. Setelah tangan saya menaip papan kunci komputer riba ini mengenai ketika dan kalimat, maka tugasan pun bakal be...